AHLAN WA SAHLAN

SELAMAT DATANG KE PONDOK FIRAHSHAZIFAH

Rabu, September 07, 2011

HAFIDZHAN

LUKISAN SANUBARI TELAH TERHENTI
KALA SURAM SURIA MEMANCAR SINARNYA
PERTEMUAN SEINDAH BAYANGAN FIRDAUSI
MENJADI ZIKIR KASIH YANG SUCI

LUKISAN DUA JIWA MENJADI SATU
PERTEMUAN DETIK BERTEMUNYA KAU DAN AKU
SANTUN BERHEMAH MENGINGATKAN DIRI
HIDUP DAN MATI HANYA UNTUK ILLAHI

MENGENGGAM JANJI CINTA INI
BERTEMU KASIH TANPA JASAD
BICARA TANPA SUARA
HANYA LUKISAN BAHASA INDAH
MENGERATKAN ANTARA KITA
TIADA PENGAKHIRNYA

KAU KU SANJUNG KERANA PENGORBANAN
BAGAI PUTERA DI KAYANGAN
TIKA KU LESU HADAPI HIDUP
KAU HEMBUSKAN NAFAS SEMANGAT
PENAWAR KASIH.

Isnin, Ogos 22, 2011

PENGALAMAN TAHUN KE 5

pejam celik - pejam celik dah 4 kali raya ana beraya tanpa ayahanda disisi. kalau masuk tahun ni,tahun yang ke 5 ana beraya sebagai anak yatim. ana rasa rindu nak cium tangan ayah ana..selalunya kalau pergi kubur,ziarah kubur atok je.tapi kali ni ziarah kubur ayah..sedihnya rasa masa pemergian ayah dulu..mak dah jatuh rebah..saat yang tak dapat dilupakan sampai bila2.. ramadhan kali ni rasa lain,sebab berjauhan sgt dgn mak..masa kat datuk mansor dulu ada lah gak balik tiap2 minggu tapi bila berada di KUIM ni,berjauhan dgn mak,rasa lain la...kesian mak kemas rumah sorang2..nasib baik minggu ni start hari rabu dah takde kelas..boleh lah balik awal..tapi kuliah pengajian malaysia tu terpaksa skip la...aduuhai da 2kali skip kuliah tu...maasalamah...

Khamis, April 21, 2011

APA NAK JADI ORG ISLAM ZAMAN SKRG?

tadi sempat belek surat khabar,aku terbaca pasal seorang artis antarabangsa yg beragama islam...selesai je baca cerita artis tu,istighfar panjang aku dibuatnya....astaghfirullahalazim...baru sebulan nikah,da mengaku hamil 4 bulan..da la tu bangga pulak..belum kahwin lg da tinggal serumah..ape nak jd org islam zaman skrg ni ek...aku perhatikan org islam zaman skrg ni mmg pandai2 orgnye..masuk universiti beribu2 tp yg keluar universiti jd org islam yg beriman susah nak jumpa...kat sekolah,pendidkan islam A je kalau result peperiksaan..tp bila luar dr sekolah,tudung entah ke mana,rambut hitam entah kemana,jarang aku jumpa org malaysia yg pure melayu ade rambut karat....dgn seluar pendek nampak peha,dgn baju sendat,pinjam adik agaknye kot...ape nak jd la...bukan tak pergi sekolah,tak belajar ape yg ustazah ajar,tp tak masuk2 ajar...da minum air yassin bebotol2 pun masih tak masuk2 ajar jgk,tu bukan kena minum air yassin lg tu,tp kena bacakan yassin terus,bg lembut sikit hati,..aku cume luahkan apa yg tersimpan,aku mmg marah tgok kaum sejenis,seagama aku pakai baju yg tak tutup aurat..agak tak cukup duit nak beli tudung ke?,atau tak cukup duit nak beli baju cukup kain ke?,atau tak reti hukum agama,,,tp nak kata x tau hukum agama mustahil la...sekolah tinggi sampai 3 tingkat...tp kenapa ilmu masih cetek paras kaki...tgok result pendidikan islam A...tp pendidkan islam dalam diri,...emmm dpt Z...ape nak jd ni....tu la akibatnye kalau jadikan org barat yg agama yahudi dan nasrani sbgi idola...Nabi Muhammad nabi kita yg sepatutnya kita sanjung hanya di ingati time maulud nabi,itupun entah ingat ke tak...kalau solat tak didirikan,aurat tak ditutup,nak jadi apa?...org2 barat sana?,,yg sememangnye dijanjikan neraka untuk mereka....kalau dah pakaian mereka jd ikutan,gaya hidup mereka di amalkan,lagu2 yg entah apa2 mereka di siulkan,mereka masuk neraka nak ikut jgak ke?,,,lagu nasyid skrg kurg digemari,tp yg di gemari tu,contohnye justin bibir,lady gagap...artis2 nasyid kita mcm hijjaz,rabbani,inteam dan sbg entah kenal ke x....aku mmg x fhm,kenapa kbnykn org islam zaman skrg ni da tau perkara yg mereka lakukan tu dosa tp masih lakukan juga..contoh yg paling ketara la,..dedah aurat...aurat perempuan seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan DAN bentuk badan....ramai org terlepas pandang bentuk badan ni,,,ada org ckp,"sy pakai pakaian yg tutup aurat"..tp bila tgok balik pakaiannye,pakai baju adik...ketat...ish3....sampai situ je la yg boleh aku coretkan..tulis bnyk2 nanti bosan pulak korang baca...maasalamah...

Selasa, April 19, 2011

SIFAT2 WANITA YANG DISUKAI SUAMI


1) SIFAT DAN KEPERIBADIAN YANG DISUKAI

- Keanak-anakan
Dalam batas yang wajar,sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dgn kerenah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakan yang melampau dan menyakitkan hati. yang dimaksudkan di sini adalah sikap anak-anak yang menyenangkan serta menghiburkan. misalnya,sikap manja wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelelakian lelaki

- Memahami

sikap memahami seorang wanita boleh membuatkan lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. sikap ini tercermin dari [erasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang dan sebagainya

- Menghargai

wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman setiap lelaki. berbeza dengan wanita yang
suka diperlakukan dgn lembut, lelaki pula suka dihargai,dipuji dgn tulus dan ikhlas dan diberi kepercayaan. penghargaan dari wanita membuatkan lelaki berasa bangga dgn sifat kelelakiannya dan yakin dgn kewibawaannya

- Menjaga penampilan

lelaki menyukai wanita yang pndai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik,bersih,kemas dan menarik. penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. dia murah dgn senyuman,pandai merawat tubuh,meningkatkan kualiti hidup dan memberi yang terbaik kepada dirinya

- Pandai berbicara

lelaki mudah tertarik dgn wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. walaupun topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn wanita, tetapi wanita tersebut dpt mengimbanginya..lelaki suka wanita yg pandai bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka dgn baik dan berfikiran terbuka..

LAFAZ YANG TERSIMPAN

luluh hatiku yg sayu
menatap wajahmu
tenang dalam lena
kasih,ku zahirkan laku
sedangkan bibirku
jauh dr lafaznya
dan raut tuamu
memberkas jiwaku
meredakan rindu
mendamaikan kalbu
takkan mungkin ku temu
iras sentuhanmu
biarpun ku redah
seluruh dunia mencari gantimu

betapa sukarnya menyusun bicara
meluahkan rasa menuturkan sayang
kasih yg terlimpah
hanya sekadar tingkah
cuma ungkapan kebisuan
yang melindungkan
kalimah rahsia

kasih ku biarkan waktu
melarikan lafaz kasih ku padamu

mengapakah sukar menyusun bicara
meluah kan rasa menuturkan sayang
kasih yg terlimpah
hanya skdr tingkah
cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia
apakah yg hilang andai dilisankan
bait penghargaan penuh kejujuran
tak mungkin terlihat cinta
yg merona jika hanya
renungan mata yg bersuara
bukan atur kata..

tiada lg ertinya pengucapan
andai akhir kata di hujung helaan
sebelum mata rapat terpejam
usah dibiar kehilangan
menggantikan lafaz yg tersimpan

salam ukhwahfillah abadan abada dari web mutiara mukmin