AHLAN WA SAHLAN

SELAMAT DATANG KE PONDOK FIRAHSHAZIFAH

Khamis, September 02, 2010

NASIHAT 2: JAUHI DOSA-DOSA KECIL

HADIS NABI S.A.W:

ERTINYA:
Daripada Aisyah radhiyallahu'anha, dia berkataa; Rasulullah S.A.W bersabda ; "Wahai Aisyah,hindarilah olehmu amal2 yang remeh (dan dalam suatu lafaz disebutkan : 'DOSA-DOSA'). kerana ada yang akan menuntut dari Allah terhadap amal2 itu.... (isnadnya sahihi ditakrij oleh ibnu Majjah,Ahmad,Ibnu Hibban dan Al-Qada'i dalam Musnadusi-Syihab)

ini adalah nasihat Rasulullah S.A.W, kepada Ummul-mukminin,Aisyah. ini juga merupakan sebagai peringatan yang amat berharga dan berfaedah,perkara yabg sering kali dilalaikan kebanyakan manusia,iaitu dosa2 kecil. setelah Rasulullah S.A.W wafat Anas berkata:

"Sunggh kamu semua sudah mengetahui pelbagai amal yang menurut pandanganmu itu lebih lembut dari sehelai rambut. Apabila kami menyebutnya pada masa Nabi S.A.W adalah al-mubiqat (perbuatan derhaka)". (Ertinya adalah hal-hal yang merosak menurut al-Bukhari)

30 NASIHAT RASULULLAH UNTUK MUSLIMAH

NASIHAT 1: BERLUMBA DALAM KEBAJIKAN



HADIS NABI S.A.W;

ERTINYA;

Daripada Ibnu Abbas bahawa Juwairiyah,sesungguhnya Nabi S.A.W keluar dari tempatnya pada waktu pagi dinihari tatkala hendak solat Subuh sedangkan Juwairiyah berada di tempat solatnya. Kemudian setelah waktu Dhuha beliau pulang dan ternyata Juwairiyah masih duduk. Lalu beliau bertanya: 'jadi engkau masih seperti keadaan tatkala aku meninggalkanmu?

"Dia menjawab, 'Benar.' Nabi S.A.W berkata: 'telah kukatakan sesudahmu empat ucapan sebanyak tiga kali' jika ia ditimbang dengan apa yang engkau katakan sesudah hal ini, tentu ia akan memberatkan timbangannya,iaitu Subhanallah,wabihamdih 'adada khalqihl waredha nafsihi,wazinata 'aryihi,wa midada kalimatihi (Maha suci Allah,dan dengan puji-Nya sebanyak makhluk-Nya dan seberat 'Arasy-Nya dan seluas kalimat-kalimat-Nya)'"



Berlumba2 dalam kebaikan merupakan hal yang amat menyenangkan.Al-Quran telah memberitahukan kepada kita tentang hal ini serta menyeru agar melaksanakan dengan segenap kemampuan.



Firman Allah yang bermaksud:



"Dan bagi tiap2 umat ada kiblatnya(sendiri) yang mana ia menghadap kepadanya, maka berlumba2lah kamu berbuat kebaikan."

(Al-Baqarah: 148)

Hal ini perlu dilakukan kerana kehidupan tidak selamanya dalam keadaan aman,sedangkan ajal tidak diketahui dan bagaimana kesudahannya juga masih samar. Apa yang mungkin berlaku pada hari ini ,boleh jadi tidak mungkin esok. Pada hari ini ada amal dan tidak dihisab,namun esok ada hisab dan tidak ada amal...

(petikan dari buku 30 nasihat Rasulullah untuk muslimah : terbitan pustaka ilmi)

salam ukhwahfillah abadan abada dari web mutiara mukmin