AHLAN WA SAHLAN

SELAMAT DATANG KE PONDOK FIRAHSHAZIFAH

Selasa, April 19, 2011

SIFAT2 WANITA YANG DISUKAI SUAMI


1) SIFAT DAN KEPERIBADIAN YANG DISUKAI

- Keanak-anakan
Dalam batas yang wajar,sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dgn kerenah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakan yang melampau dan menyakitkan hati. yang dimaksudkan di sini adalah sikap anak-anak yang menyenangkan serta menghiburkan. misalnya,sikap manja wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelelakian lelaki

- Memahami

sikap memahami seorang wanita boleh membuatkan lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. sikap ini tercermin dari [erasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang dan sebagainya

- Menghargai

wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman setiap lelaki. berbeza dengan wanita yang
suka diperlakukan dgn lembut, lelaki pula suka dihargai,dipuji dgn tulus dan ikhlas dan diberi kepercayaan. penghargaan dari wanita membuatkan lelaki berasa bangga dgn sifat kelelakiannya dan yakin dgn kewibawaannya

- Menjaga penampilan

lelaki menyukai wanita yang pndai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik,bersih,kemas dan menarik. penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. dia murah dgn senyuman,pandai merawat tubuh,meningkatkan kualiti hidup dan memberi yang terbaik kepada dirinya

- Pandai berbicara

lelaki mudah tertarik dgn wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. walaupun topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn wanita, tetapi wanita tersebut dpt mengimbanginya..lelaki suka wanita yg pandai bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka dgn baik dan berfikiran terbuka..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

salam ukhwahfillah abadan abada dari web mutiara mukmin