AHLAN WA SAHLAN

SELAMAT DATANG KE PONDOK FIRAHSHAZIFAH

Jumaat, Julai 24, 2009

HALIMATUS SAADIAH

kakimu melangkah lesu menuju
ke jalan pulang
kecewa kerana gagal
mendapat bayi hartawan
namun apakah yang akan
kau beri sebagai jawapan
jika ditanya mengapa
kau gagal mendapatkannya
tiba tiba senyum si yatim
itu menyapa tergugah deria ibu
yang bersemi di jiwa
biar muhammad itu
tanpa upah berganda
namun hatimu rela
bukan kerana harta
halimatus saadiah
kau ibu yang bertuah
kau wanita penerima barakah
dari desa pendalaman
daerah di pinggiran
kau menyusui insan pilihan
kau bantu dia
dan berubahlah segalanya
susu yang sedikit itu
bertambah dengan segera
peliharaan ternakan bertambah
subur berganda...
halimatus saadiah kau ibu barakah
engkau pemula mukadimah yang indah
episod awal sirah nabi junjungan mulia
kau ibu susu yang bertuah
pada sejarahmu terukir kenyataan
tidakkan letih jika membela islam
tidak hina meriba kebenaran
yang mulia jangan takut
jika kau beriman....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

salam ukhwahfillah abadan abada dari web mutiara mukmin