AHLAN WA SAHLAN

SELAMAT DATANG KE PONDOK FIRAHSHAZIFAH

Khamis, Julai 16, 2009

Sumayyah

sumayyah 3x
dari selembut sutera
kau miliki iman yang teguh
kau nyalakan obor agama
dirimba belantara
dibelenggu jahiliah
kau tempuh dengan berani
walaupun jasadmu milik tuan
tetapi hatimu milik Tuhan
padang pasir menjadi saksi
ketabahan keluarga itu
tika suamai dan anak
dibaring menghadap mentari
disuruh memilih iman atau kefufuran
zaman jahiliah atau sinaran aqidah
sabarlah keluarga yasir bagimu syurga
disana dan kau pun tegar
memilih syurga walau
terpaksa berkorban nyawa
lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
namun iman didada
sedikit tidak berubah
darahmu menjadi sumbu
pelita iman
sumayyah kau lambang wanita
wanita solehah
tangan yang disangka
lembut menghayun buaian
megongcang dunia
mencipta sejarah
sumayyah kau dibunuh
di dunia sementara
untuk hidup di syurga
yang kekal selamanya
kaulah wanita sebaik-sebaik manusia
namamu tetap menjadi sejarah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

salam ukhwahfillah abadan abada dari web mutiara mukmin